<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener("load", function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <iframe src="http://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID=2369759207173238702&amp;blogName=owh+it%27s+another+raining+day&amp;publishMode=PUBLISH_MODE_BLOGSPOT&amp;navbarType=BLUE&amp;layoutType=CLASSIC&amp;searchRoot=http%3A%2F%2Fsayaatau.blogspot.com%2Fsearch&amp;blogLocale=en&amp;homepageUrl=http%3A%2F%2Fsayaatau.blogspot.com%2F" marginwidth="0" marginheight="0" scrolling="no" frameborder="0" height="30px" width="100%" id="navbar-iframe" allowtransparency="true" title="Blogger Navigation and Search"></iframe> <div></div>

argh!

November 3, 2009
bila orang dah nasihat , tak nak dengar ; degil
orang cakap buat tak endah ; sombong
bila dah sakit ; mana orang?
2 C & C

saya bukan pelik

October 31, 2009
saya bukan seorang yang emosional. jgn risau. saya masih punya akal untuk tidak bertindak sesuka hati.

awal dahulu , saya selalu ingin jadi lain dari yang lain. saya tak mahu jadi seperti mana semua orang lain. idea asal saya nampaknya sudah diguna pakai orang lain. bukan ingin mengata idea saya diplagiat , tapi saya berbangga ada juga orang berfikir seperti mana saya berfikir.

saya tidak mahu digelar orang yang pelik , saya normal. cuma idea saya yang pelik. kerana ingin jadi lain dari yang mesti punya akal yang mampu fikir yang pelik-pelik atau lain dari fikiran tipikal manusia. jika tiada orang seperti ini , mungkin tidak wujud seni.

bukan jua saya orang seni. saya tidak mahir melukis , mungkin setakat orang lidi itu saya mampu. abstrak apatah lagi. cuma idea asal saya untuk bekarya di laman ini adalah melukis. malangnya saya tidak pandai melukis.

saharil conteng ini yang saya mahu contohi
0 C & C

FFFUUU

October 30, 2009

petang ; cuaca mendung.
malam ; hujan lebat , mencurah-curah rahmat hendaknya.


p/s: saya sangat emosional hari ini. jgn tanya kenapa.

4 C & C

hujan

October 20, 2009
biasanya hujan bila aku mula menulis entri baru. bukanlah nak cakap yang aku mampu buat hujan dengan tulis sesuatu , tapi dengan hujan tu yang menyebabkan idea datang.

seminggu aku di kampung halaman , tak sedar pulak hujan turun. panas je hari-hari. kadar kelembapan tinggi , suhu bilik tinggi , kadar peluh pon jadi tinggi. jenuh nak mandi berkali-kali satu hari. tapi inilah namanya dugaan.


0 C & C

Metro

October 7, 2009

[Nota : ini adalah entri yang di post kembali. saya rindu kawan-kawan saya]

saya terpikir bila agaknya dapat luangkan masa macam ini lagi.


Salam sejahtera.
Ini mungkin entri berbaur emosi.
Rindu sudah pada kawan-kawan, saya janji saya tidak melebih-lebih emosinya.

Mulalah saya mahu cerita pasal kisah kami berlima, juga ada tambahan-tambahan rakan-rakan yang lain sebagai pendorong semangat dan pelengkap kemenangan. Terima kasih ya kamu semua!.

Kali pertama kami masuk pertandingan bolasepak padang kecik ini pada waktu umur kami belum pun cukup 15tahun lagi. Berbekalkan harapan konon-konon kami ingat kami sudah lincah bermain, tanpa persiapan rapi kami tawakal. Beritahu ibu bapa nak masuk, sudah dapat restu tapi kami lari dari sekolah semata-mata pertandingan Kosmo bawah 17 tahun untuk zon selangor. Waktu peringkat kumpulan memang susah. Semua wakil yang datang adalah wakil-wakil kelab yang gah-gah cuma kami semua kumpulan yang kerdil. Tapi kamu semua nak tahu? kami dapat no4 lah. Kami kerdil tapi kami bukan main-main.

Hasil dari kemenangan ini kami dapat tawaran berlatih bawah jurulatih bangsa Brazil yang pada waktu ini melatih pasukan Malaysia. wah bangga gila. Selang seminggu waktu sesi latihan, kami sekali lagi lari dari sekolah pergi pusat latihan. Kami datang lambat, lambat gila. Latihan da pun habis. Kami cakap kami jauh gila, kelas pun habis lambat. Rugi gila. Tapi siapa tahu tuah manusia di mana kan. Kami dapat friendly pula dengan pakcik-pakcik berumur yang samba gila.

Sesi latihan kedua pula kami pergi. Kali ini sempat berlatih sekejap. Dan untuk sesi seterusnya kami tak mampu komited kerna umur masih muda, dan ada Pmr untuk difikirkan.

Lepas dapat semangat dari darjat kemenangan masa Kosmo ini, kami selalu masuk pertandingan kecil-kecil, ada juga yang kami juara, tapi ada juga yang kami tidak lepas dari badi semi-final. Inilah peringkat yang kami susah nak lepas. Bila sampai sini sahaja kami kalah. Adoi takde rezeki gamaknya.

Gamba atas, kami dengan berani tanpa ragu-ragu masuk peringkat terbuka zon selatan. Hmm...lawan pakcik-pakcik, abang-abang yang tua berbelas tahun. Kami baru sahaja hendak masuk 17 tahun. Seharian bermain, lepas peringkat kumpulan, tapi masih lagi badi semi-final itu kami tak dapat nak lepas. Hmm takde rezeki gamaknya.

Saya rindu hendak bermain lagi dengan kumpulan ini. Tapi kini masing-masing sudah jauh. Mungkin ada masa kita main lagi dan kita hilangkan badi semi-final itu.
4 C & C


About me

My profile
Meor M. Syafiq
Diploma in Information Technology
Center of Diploma Programme Faculty
Multimedia University
dabelm1s_ls@y
+60 17 6981178


Web This Blog

Guestbook


Usrah FC


Archives

Previous Posts

Links